EGGLECTROCHEMISTRY - RADAS MUDAH LAGI MURAH - AMALI SEL ELEKROKIMIA






EGGLECTROCHEMISTRY
Radas Mudah Lagi Murah  Bagi Eksperimen - Sel Elektrokimia
1Nor Aziah Lazim, 2 Lim Yee You, 3Pushparani a/p Muthuvelu , 4Mohamed Shehdi Ragiun
 Unit Kimia , Kolej Matrikulasi Selangor

ABSTRAK

Selaras dengan kehendak kimia hijau, usaha ke arah mengurangkan penggunaan bahan kimia dan memudahkan pengendalian amali kimia  melalui teknik kimia skala mikro telah  wujud sejak 2004 di sekolah2 menengah di Malaysia. Bagaimanpun, di Kolej Matrikulasi Selangor, usaha ini belum dimulakan dan amali kimia masih dijalankan  melalui kaedah tradisional dengan penggunaan bahan kimia yang berlebihan  dan radas  yang standard.  Penggantian alat radas sediaada kepada radas berskala mikro bagimanapun akan melibatkan kos awal yang tinggi oleh itu satu alat radas alternatif yang menggunakan bahan kitarsemula yang ringkas telah digunakan dalam experiment elekrokimia. Penggunaan alat “Egglectrochemistry” daripada bekas telur plastik pakaibuang dalam experiment ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 80% .  Perlaksanaan amali juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat dan  masa  perlaksanaan  amali dapat dikurangkan secara purata dari 25 minit kepada  hanya  10 minit.  Penggunaan alat plastik ini juga dapat mengelakkan kejadian radas kaca yang pecah semasa pengendalian amali kimia.

No comments:

Post a Comment