EGGLECTROCHEMISTRY
Radas Mudah Lagi Murah Bagi
Eksperimen - Sel Elektrokimia
1Nor Aziah Lazim, 2 Lim Yee
You, 3Pushparani a/p Muthuvelu , 4Mohamed Shehdi Ragiun
Unit Kimia , Kolej Matrikulasi Selangor
ABSTRAK
Selaras dengan
kehendak kimia hijau, usaha ke arah mengurangkan penggunaan bahan kimia dan
memudahkan pengendalian amali kimia melalui
teknik kimia skala mikro telah wujud
sejak 2004 di sekolah2 menengah di Malaysia. Bagaimanpun, di Kolej Matrikulasi
Selangor, usaha ini belum dimulakan dan amali kimia masih dijalankan melalui kaedah tradisional dengan penggunaan
bahan kimia yang berlebihan dan
radas yang standard. Penggantian alat radas sediaada kepada radas
berskala mikro bagimanapun akan melibatkan kos awal yang tinggi oleh itu satu
alat radas alternatif yang menggunakan bahan kitarsemula yang ringkas telah
digunakan dalam experiment elekrokimia. Penggunaan alat “Egglectrochemistry”
daripada bekas telur plastik pakaibuang dalam experiment ini dapat mengurangkan
penggunaan bahan kimia sebanyak 80% .
Perlaksanaan amali juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat dan
masa
perlaksanaan amali dapat
dikurangkan secara purata dari 25 minit kepada
hanya 10 minit. Penggunaan alat plastik ini juga dapat
mengelakkan kejadian radas kaca yang pecah semasa pengendalian amali kimia.
Keywords: kimia hijau, pemuliharaan alam sekitar, electrochemical cell experiment