Friday, February 22, 2019

EGGLECTROCHEMISTRY - Mudah lagi Murah




EGGLECTROCHEMISTRY
Radas Mudah Lagi Murah  Bagi Eksperimen - Sel Elektrokimia
1Nor Aziah Lazim, 2 Lim Yee You, 3Pushparani a/p Muthuvelu , 4Mohamed Shehdi Ragiun

 Unit Kimia , Kolej Matrikulasi Selangor


ABSTRAK

Selaras dengan kehendak kimia hijau, usaha ke arah mengurangkan penggunaan bahan kimia dan memudahkan pengendalian amali kimia  melalui teknik kimia skala mikro telah  wujud sejak 2004 di sekolah2 menengah di Malaysia. Bagaimanpun, di Kolej Matrikulasi Selangor, usaha ini belum dimulakan dan amali kimia masih dijalankan  melalui kaedah tradisional dengan penggunaan bahan kimia yang berlebihan  dan radas  yang standard.  Penggantian alat radas sediaada kepada radas berskala mikro bagimanapun akan melibatkan kos awal yang tinggi oleh itu satu alat radas alternatif yang menggunakan bahan kitarsemula yang ringkas telah digunakan dalam experiment elekrokimia. Penggunaan alat “Egglectrochemistry” daripada bekas telur plastik pakaibuang dalam experiment ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 80% .  Perlaksanaan amali juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat dan  masa  perlaksanaan  amali dapat dikurangkan secara purata dari 25 minit kepada  hanya  10 minit.  Penggunaan alat plastik ini juga dapat mengelakkan kejadian radas kaca yang pecah semasa pengendalian amali kimia.

Keywords: kimia hijau, pemuliharaan alam sekitar, electrochemical cell experiment

PENGENALAN



AHLI KUMPULAN : 


Nor Aziah Lazim, Lim Yee You, Pushparani a/p Muthuvelu 

 +     Mohamed Shehdi Ragiun  






PRE/SEBELUM INOVASI

Usaha ke arah mengurangkan penggunaan bahan kimia dan memudahkan pengendalian amali kimia  melalui teknik kimia skala mikro telah  wujud sejak 2004 di sekolah2 menengah di Malaysia, selari dengan amalan  kimia hijau. Walaubagaimanpun, di Kolej Matrikulasi Selangor, usaha ini belum dimulakan dan amali kimia masih dijalankan  melalui kaedah tradisional dengan penggunaan bahan kimia yang berlebihan  dan radas  yang standard.  Penggunaan bahan kimia sebenarnya dapat dikurangkan dengan pengunaan alat radas yang lebih kecil tanpa menjejaskan kualiti pembelajaran dan tentunya menjimatkan kos. 
Cara lama menggunakan bikar 

PELAKSANAAN INOVASI

 Pensyarah telah membuat ujilari terlebih awal sebelum alat ini digunapakai oleh pelajar.


Pelajar pula mencuba - Jun 27 Mac 2018 di makmal kimia 5

Peresdiaaan Bahan bahan kimia dan radas bagi Kaedah CEPAT dan JIMAT dengan Radas EGGlectrochem
Pengukuran E sel bagi ke-empat2 sel electrokimia dapat dijalankan dengan mudah dan cepat dengan radas Egglectrochem.
Penggunaan radas tradisional sebelum ini memerlukan pelajar menjalankan pengukuran satu pesatu- yang memakan masa yang panjang

Thursday, February 21, 2019

POS/SELEPAS INOVASI

  • Penggunaan alat “Egglectrochemistry” daripada bekas telur plastik pakaibuang dalam experimen ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 80% . 
  • Perlaksanaan amali juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat dan  masa  perlaksanaan  amali dapat dikurangkan secara purata dari 25 minit kepada  hanya  10 minit.  
  • Penggunaan alat plastik ini juga dapat mengelakkan kejadian radas kaca yang pecah semasa pengendalian amali kimia.


  •           

  • IMPAK PENGGUNAAN EGGLECTROCHEMISTRY


    • Penggunaan alat “Egglectrochemistry” daripada bekas telur plastik pakaibuang dalam experiment ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 80% . 
    • Perlaksanaan amali juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat dan  masa  perlaksanaan  amali dapat dikurangkan secara purata dari 25 minit kepada  hanya  10 minit.  
    • Penggunaan alat plastik ini juga dapat mengelakkan kejadian radas kaca yang pecah semasa pengendalian amali kimia.

    • NOTA : Pengumpulan data akan diteruskan bagi pelajar kohort 2018-2019 pada minggu ke 16( 11 Mac - 15 Mac)